Home INFO Dimanakah Surau Di Suria KLCC

Dimanakah Surau Di Suria KLCC

68
0
SHARE
Dimanakah Surau Di Surai KLCC ?
Dimanakah Surau Di Suria KLCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada mereka yang tertanya-tanya dimanakah surau di Suria KLCC ?

Untuk makluman di Suria KLCC terdapat surau yang terletak di Level C berhampiran (berhadapan) dengan pejabat POS Malaysia.

Ruang Solatnya agak besar dan selesa.

Mari kita lihat bagaimana cara nak pergi ke surau di KLCC ini.

Ada perlu turun sampai ke Level C (LG) dari escalator belah kiri anda Nampak kedai jam swatch > cold storage anda ikut je laluan itu straight sampai anda Nampak seperti di gambar bawah ini ada maybank and kedai camera.

Laluan Ke Surau KLCC
Laluan Ke Surau KLCC

Anda terus je nanti Nampak ada signboard surau.

Signboard ke Surau Suria KLCC
Signboard ke Surau Suria KLCC

Anda akan Nampak pos Malaysia itu dah kira betul la destinasi yang anda ingin tuju itu.

Anda terus je nanti belok kiri ye ada Nampak signboard ke surau sebelum ke pintu keluar tu.

Ruang Menunggu Di Surau Suria KLCC
Ruang Menunggu Di Surau Suria KLCC

Sebelum anda masuk ke ruang solat di surau ini, teradapat bahagian ruang menunggu turut disediakan untuk mereka berehat atau menunggu ahli keluarga selesai melakukan ibadah solat. Ruang menunggu ini agak besar dan selesa siap ada kipas lagi.

Rak Kasut di Surau KLCC
Rak Kasut di Surau KLCC

Di surau KLCC ini juga turut menyediakan ruang menyusun kasut. Ha yang ini ok Nampak kemas je kasut disusun di rak takdelah nanti kena sepak kan letak dekat bawah.

Ruang Mengambil Wudu’

Ruang mengambil wudhuk juga bersih dan terjaga. Banyak juga disediakan paip2 di ruang mengambil wudhuk ini.

Jadi keseluruhan surau yang disediakan oleh suria klcc ini agak selesa dan cantik. Jadi kepada mereka yang tertanya-tanya dimana surau ini terletak di klcc kan hope article ini dapat membantu anda ye.

Jadi lepas ini tiada alasan lagi anda tidak menunaikan solat yer. 🙂

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here