Home Featured Optometris Ini Kongsi Tips Penting Menjaga Cermin Mata Supaya Tahan Lebih Lama

    Optometris Ini Kongsi Tips Penting Menjaga Cermin Mata Supaya Tahan Lebih Lama

    79
    0
    SHARE
    sumber gambar wikihow

    Sesiapa yang memakai cermin mata mesti tahu bertapa pentingnya cermin mata terhadap mereka. Kerana cermin mata adalah salah satu alat bantuan untuk penglihatan bagi orang yang mempunyai masalah rabun sama ada rabun jauh ataupun dekat

    Disini saya ingin berkongsikan beberapa tips untuk menjaga cermin mata anda supaya ia lebih tahan lama.

    1.  Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.

    2. Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.

    3. Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.

    4. Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.

    5. Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak ‘aim’ potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.

    Itu diantara beberapa tips daripada Optomeris Hanun Nadiah Rozi yang saya telah kongsikan kepada anda. Selamat mencuba.

    Sumber : Hanun Nadiah Rozi

    Loading Facebook Comments ...

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here