Home Featured Maksud UNC/AUNC/VF dan Lain-lain

    Maksud UNC/AUNC/VF dan Lain-lain

    116
    0
    SHARE

    Kondisi / grade duit kertas tidak boleh disebutkan hanya dengan kata-kata ianya masih seperti baru atau baik, kerana ia mempunyai makna yang sangat berbeza didalam kalangan numismatik.

    Disini saya akan kongsikan cara penilaian numismatik mengikut kategori-kategorinya:

    1. UNC: Uncirculated – Setiap penjuru duit masih lagi tajam, tiada kesan lipatan, kertas masih keras, tiada kotoran pada permukaan dan warna tidak pudar.
    2.  AU: About / Almost Uncirculated – Keadaan sempurna dan tedapat sedikit lipatan di bahagian penjuru, masih mempunyai penjuru yang tajam, kertas masih keras, warna tidak pudar dan permukaan tidak kotor.
    3. EF: Extremely Fine – Kertas didalam keadaan baik, masih keras, ada sedikit kotoran pada permukaan, terdapat sedikit lipatan, penjuru sedikit tumpul/ tidak tajam.
    4. VF: Very Fine – Wang kertas yang telah dipakai tetapi ia masih lagi keras, terdapat beberapa lipatan tetapi tidak koyak, terdapat kotoran pada permukaan.
    5. F: Fine – Wang yang telah dipakai, terdapat lipatan, tidak keras lagi, tidak terlalu kotor pada permukaan, warna masih jelas.
    6. P: Poor – Kertas ada kerosakkan seperti terkoyak, bahagian yang hilang, warna sudah pudar, terdapat kotoran pada permukaan.

     

    Loading Facebook Comments ...

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here