Home Automotif 150 Pemilik Proton Satria R3 Diburu!

150 Pemilik Proton Satria R3 Diburu!

50
0
SHARE
Gambar daripada zerotohundred
Gambar daripada zerotohundred

SEJAK kebelakangan ini, Proton Motorsports (R3) kerap menaikkan status imbas semula model keluaran edisi terhad Proton Satria R3 (M4) di laman Facebook (FB) mereka. Tergerak dengan status dan gambar #throwback itu, sekumpulan pemilik Proton Satria R3 (M4) ingin mengumpul segala informasi yang ada bagi menghidupkan semula komuniti pemilik model rare itu.

Hebahan berkenaan diumumkan melalui status yang dimuat naik Proton Motorsports pada 8 Februari lalu.

Due to some of our recent postings highlighting the Satria R3 (M24), there has been a new resurgence of current owners…

Dikirim oleh PROTON MOTORSPORTS pada 8 Februari 2017

Jika anda ialah pemilik atau mengenali sesiapa yang memiliki salah satu daripada 150 unit edisi terhad itu, sila hubungi Edrin Mokhtar atau Manuj Nair di laman FB mereka.

Kepada pembaca yang ingin mengenali Proton Satria R3, berikut adalah beberapa maklumat mengenai hatchback tersebut:

  • TAHUN 2004
  • ENJIN 1.8L 4G93P (140 hp, 168 Nm)
  • TRANSMISI Manual 5-kelajuan
  • CASIS Kimpalan sirat berganda (double stitch welded)
  • SUSPENSI Spring R3
  • EKZOS Sistem penuh R3
  • BREK Brek cakera lohong DBA, pad brek Mintex Racing
  • RODA Rim aloi ringan 16-inci Advanti R3, tayar Yokohama Advan AD07 dicat gunmetal
  • DALAMAN Stereng MOMO, tombol gear gentian karbon R3, kerusi Recaro SR4
  • LUARAN Warna Incognito Black, pelekat blood stripe R3, spoiler bumbung gentian karbon R3
  • BERAT 995kg
  • JUMLAH 150 unit


SUMBER: Wikipedia

Loading Facebook Comments ...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here